Hari ini kerja ada gangguan saraf sedikit.
Pertamanya, sudah dua hari berlaku apa yang dikatakan penggunaan melebihi had sistem pelayan weblog ORAET! ini. Hendak membuat catatan di blog tidak berjaya. Saya mendapat emel dari pihak Shinjiru mengatakan terdapat aktiviti songsang yang menyebabkan meletusnya gangguan pada tapak laman web lain di sistem pelayan yang sama (sharing hosted) berpunca dari laman saya. Perkara ini telah mereka selesaikan dengan mengalih akaun saya ke sistem pelayan yang lebih tinggi had pengendaliannya. Cuma beberapa hal seperti alihan DNS perlu dlakukan. Alhamdulillah setakat tengahari ini, segalanya telah selesai. Terima kasih pasukan bertindak Shinjiru.

Keduanya, rakan lama tiba-tiba ajak sarapan pagi di kafe selepas saya selesai menikmatinya di sebuah restoren lain. Untuk tidak menghampakannya walaupun perut sudah penuh, saya gagahi juga menghadirkan diri. Berbual-bual sedikit kisah lama, disulami gelak tawa nangis tiada. Kelihatan raut wajah seorang jurujual kereta yang kepenatan. Bila ditanya, sekadar ringkas iaitu penat. Tidak mahu korek rahsia lebih-lebih, perbualan diteruskan dengan topik “Bisnes Internet”. Rakan ini ada juga membuat perniaagaan sampingan kecilan seperti kain ela yang diimport. Maka beberapa panduan diberi kerana kefahamannya tentang perniagaan melalui kaedah ini amat kurang. Itu ini begitu begini, air segelas pun sudah habis. Lihat jam rupanya sudah satu jam setengah jadi guru tidak rasmi. Habis syarahan sebentar di situ dan kemungkinan ada sesi soal jawab lagi selepas ini. Aiyooo.. macamlah sudah pandai berniaga.. hmmm!
Ketiganya, sejak semalam subahat ehh.. ada sahabat meminta menggodam dan menggodek sedikit bahagian tertentu rekaan laman web yang dihasilkannya.
Disebabkan semalam hari mengantuk sedunia, maka berlaku sedikit anjakan kerja-kerja masyarakat ke hari ini. Pening juga dibuatnya dek struktur yang digunakan oleh penyelia sistem web itu berlainan dari yang biasa saya hadapi. Sedikit sebanyak sehingga petang berjaya juga akhirnya diselesaikan hasil kerjasama otak, mata, tangan, mulut, kaki dan perut yang lapar.

Keempatnya, komputer terbengkalai sejak semalam tidak dapat ditukar pemacu CDnya gara-gara yang kedua dan ketiga tadi…tidak mengapa esok masih ada!
Kelimanya, mana dia seorang rakan lama juga.. yang kata hendak tolong buat majalah? Jangan mengencing sudahlah.. waktu kecederaan ini. Manakan siap rekaletak, hendak mencetak ambil masa lima hari. Lagi seminggu kena hantar.. Aduhhhhhhh!
If you enjoyed this post, feel free to subscribes to our rss feeds